Spiga

SELAMAT DATANG ::: WELCOME

Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada anda kerana sudi melawat laman web rasmi syarikat kami iaitu MBM TIGA ENTERPRISE. Laman web ini akan menyediakan maklumat-maklumat penting bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang syarikat kami, terutama yang berkaitan dengan servis yang dijalankan, skop kerja, organisasi syarikat, profil, dan sebagainya. Secara umumnya, MBM TIGA ENTERPRISE merupakan syarikat yang aktif dalam menjalankan kerja-kerja “desludging”, serta “logistic maintenance” dan berpengkalan di Batang Tiga, Melaka, Malaysia.


MBM TIGA ENTERPRISE telah diperbadankan pada 16 Januari 2002 dibawah Akta Syarikat 1956, dan secara prinsipal melibatkan diri didalam bidang-bidang perkhidmatan seperti mekanikal, elektrikal, kontraktor binaan, membekal bahan bacaan, alatulis, bahan makanan, perparitan, dan saliran, menurap jalan, hiasan jalan dan kawasan, serta kerja-kerja pembentungan.


Pada masa kini, MBM TIGA ENTERPRISE telah menjalankan secara aktif bagi kerja-kerja sub-kon menyedut sisa lebihan proses loji penapisan Gas Petronas dan pengosongan tangki najis bergerak di Tangga Batu, Melaka.


Pada hari ini, MBM TIGA ENTERPRISE sudah meluaskan perniagaannya dan menjadi kontrak berdaftar dengan Indah Water Konsortium Sdn Bhd bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sistem pembentungan, pengosongan Tangki Septik, dan kerja-kerja yang berkaitan dengan Loji Kumbahan Najis.


Syarikat kami juga merupakan antara syarikat yang telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan berdaftar sebagai Syarikat Bumiputera, serta mempunyai lesen kelas B “desludging” ( service ) dari JPP.


Hubungi kami bagi menyelesaikan masalah pembentungan ditempat anda dan dapatkan harga yang kompetitif bagi servis tersebut.