MBM TIGA ENTERPRISE telah diperbadankan pada 16 hb Januari 2002 dibawah Akta syarikat 1956,dan secara prinsipal melibatkan diri di dalam bidang mekanikal, elektrikal, kontraktor binaan, perparitan dan saliran, menurap jalan, dan kerja-kerja pembentungan. MBM TIGA ENTERPRISE adalah sebuah syarikat milik perseorangan yang dimilki oleh En. Mustapa bin Mohd Saad.
Di awal penubuhan MBM TIGA ENTERPRISE segala aktiviti perniagaan merangkumi bidang pembekalan bahan mentah dan kerja-kerja kontrak binaan. MBM TIGA ENTERPRISE telah meluaskan serta memperkembangkan perniagaan dengan cara melibatkan diri di dalam bidang mekanikal, elektrikal serta pengosongan tangki septik.
MBM TIGA ENTERPRISE telah menjalankan kerja-kerja sub-kon menyedut sisa lebihan proses loji penapisan Gas Petronas dan pengosongan tangki najis Bergerak di Tangga Batu Melaka.
Pada masa sekarang, MBM TIGA ENTERPRISE sudah meluaskan perniagaannya dan menjadi kontraktor berdaftar dengan Indah Water Konsortiun Sdn. Bhd bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sistem pembentungan, pengosongan tangki septik dan kerja-kerja yang berkaitan dengan Loji Kumbahan Najis
MBM TIGA ENTERPRISE juga telah berjaya mendapat kontrak bagi kerja pengosongan tangki septik dari pihak IWK Melaka bagi kerja pengosongan tangki septik selama 2 tahun. Pada awal penubuhan MBM TIGA ENTERPRISE hanya menyewa lori desludging dengan Majlis Perbandaran Alor Gajah dan pada masa kini kini sudah memilki sendiri 2 buah lori desludging.
Ini semua hasil dari perancangan,kecekapan,kekreatifan, dan langkah bijak dan teliti yang telah dilaksanakan oleh En. Mustapa Saad. Perancangan merangkumi pengurusan kewangan, pengurusan sunber manusia dan perancangan untuk jangka masa panjang berdasarkan Perkembangan Teknologi dan Pembangunan di dalam negeri Melaka.
En Mustapa bertanggungjawab sepnuhnya ke atas penubuhan MBM TIGA ENTERPRISE. Beliau mempunyai pengalamn yang luas di dalam kerja-kerja trouble shooting dan mutu kerja technician. Beliau pernah bekerja di Awana Golf Country Club Genting Highland sebagai Maintainence Technichian selama 2 tahun dengan membuat kerja-kerja general Maintainence seprti membaiki barangan elektrik, elektronik, mekanikal termasuk kerja-kerja penyelenggaraan Main Hole.